Monday 23 January 2017

KEK COKLAT MOIST KUKUS ATAU BAKAR


Hai
Assalamualaikum....

Musim tengah gawat ni otak kena sentiasa ligat untuk fikirkan cara cara penjimatan yang berkesan...hihi. dah la bertembung pulak dengan musim hujan, suami yang berniaga tu memang tak dapat nak keluar cari rezeki la nampak gaya nya.

Maka sebagai seorang isteri yang solehah dah jadi tanggungjawab untuk si isteri membantu kewangan keluarga agar rumah tangga sentiasa dalam suasana harmoni. jangan tak tahu ya, masalah kewangan antara suami isteri boleh menjadi salah satu punca pergaduhan. nampak macam biasa, tapi sebenarnya tu la hakikat orang yang merasa..

cewah...bermotivasi pulak aku hari nih...hahhhaha. sebenarnya just nak share yang aku buat kek coklat moist untuk suami je. dah agak lama jugak lah aku tak buat kek kesukaan beliau nih. dah kebetulan pulak birthday anak buah suami mak dia buat makan makan, jadi aku pun sponser la kek coklat sebijik. sambil beramal sambil menjamu suami makan..hahhah. terbaik punya plan.

ya la, zaman zaman gawat ni memang kena berjimat. ingat murah ke kek coklat moist yang ada tema birthday. paling kurang pun rm40 - rm50. kalau kek dari secret recipe lagi la mau dekat seratus, tak kan la nak beli yang slice pulak kan. ada je kek rm10 yang tengah viral sekarang ni, tapi rasanya tak memenuhi citarasa suami aku. dah niat sediakan kek pun untuk jamu suami, mesti la bagi yang ikut sedap tekak dia bukan tekak orang lain. haaa baru la sampai motif utama tu..hihihi

akhirnya, atas dasar penjimatan yang dilakukan terhasil la sebijik kek super jimat dan super duper sedapp...sedap ni memang tak tipu ya, memang sedap sungguh kek coklat moist ni kalau ikut ramuan dan step yang aku guna ni. selalu pun memang aku akan guna resepi ni je, dah la sedap, senang je sukatan nya dan memang sah sah akan menjadi.

RESEPI KEK COKLAT MOIST 

1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak (cooking oil boleh, vegetable oil boleh, corn oil boleh...asalkan minyak)
1/2 cawan gula
1 cawan air suam
2 biji telur
1 cawan tepung
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonate
garam secubit

Mula mula kacau sebati semua bahan cecair (susu, air, minyak, telur) kemudian bila dah sebati masukkan kesemua bahan kering / tepung. tapis adunan guna penapis santan tu supaya tak ada ketulan tepung dalam adunan. kemudian kukus atau bakar.
kukus = 20 - 25 min
bakar = 25 - 30 min, suhu 180 C. 

CHOCOLATE TOPPING

1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan corn oil atau pape minyak
1/2 cawan serbuk koko

kacau atas api / dapur hingga adunan sebati dan likat seperti topping / ganache.




Nampak tak hasilnya yang sangat sangat moist and dark. kalau korang tak nak rasa koko tu kuat, boleh kurangkan jumlah serbuk koko tu sama ada dalam adunan kek atau topping. setengan orang suka yang kaw kaw dan ada rasa macam pahit pahit sikit. tapi ada setengah orang suka yang rasa koko mild je. nak buat kek tu tengok la sape tukang makan nya dan bagaimana selera orang nya. baru la kita tahu hasil yang macam mana yang kita nak.




Sejukkan kan kek tu dulu, baru la keluarkan dari loyang. dan bila dah sejuk sikit boleh la letak topping kat atas kek tu. nak lagi sedap, kalau kek korang tinggi, boleh potong 2 kat tengah tu lepastu layer dengan topping. masa poting nanti akan nampak la ada lapisan topping kat tengan kek tu.
dan tuk hiasan aku letak apa yang ada dalam almari time tu, coklat rice, manik manik tu dan coklat chip. tabur je ikut suka hati. kalau kreatif boleh la hias hias sikit supaya lebih menarik. aku tak rajin sebab tu main tabur je. dan jugak tak kreatif langsung....





Nampak kan kek tu moist dan fluffy gitu. kalau yang tak pandai buat kek sekali pun, bila korang ikut resepi ni confirm akan menjadi. rahsianya kalau nak lagi selamat lebihkan sikit baking powder atau guna double action baking powder, confirm kek korang nanti tak kan bantat...

Resepi ni jugak sesuai sangat sama ada untuk bakar atau kukus, dua dua kaedah ni pun tetap akan bagi hasil yang sama.


Sekian dulu untuk perkongsian hari ini.



LOVE,
Mcdaa

14 comments:

  1. Assalamualaikum sis.. Thank u sgt2 share resepi mudah ni.. Dh dekat 10x buat mmg sentiasa menjadi.. Alhamdulillah.. Mohon halal ilmu ye..

    ReplyDelete
  2. salam sis..yg bahan cair tu..kacau guna senduk je ek..x payah blend atau mixer ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy kacau guna senduk je.. Last skali tapis n kacau2 bg sekata.. Sng je resepi ni.. Tenkiu puan blogger..hihi

      Delete
  3. Salam. Nak tanya, gula tu gula halus ke gula yg biasa tu ek? #budakbarubelajar

    ReplyDelete
  4. Bakar ke kukus sedap lagi eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kukus lebih sedap sbb kek coklat moist ni sesuai dgn kukus..dia jdi lembap2 gitu..

      Delete
  5. Sis,tq sbb share resepi kek ni..sy buat menjadi..tp topping sy jd ber ketul ketul knp ye sis?? Bole bantu tk..

    ReplyDelete
  6. Nak tanya... Sukatan sudu utk baking n sodatu tu sudu kecil ke sudu besar?

    ReplyDelete
  7. Tq share resepi ni...mmg mnjadi...xgune dh resepi ln..😉

    ReplyDelete
  8. Mohon share resepi utk diguna pakai bg jualan & mohon halalkan. Tq sis😊

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.Menjadi kek saya. Jazakillah puan @Nor Shuaidda

    ReplyDelete